Sudah lama tidak membuat coretan di blog yang sudah berusia hampir 7 tahun ini.
Penulis terbeli sebuah buku baru-baru ini yang mampu mengimbau semula kenangan dan memori sewaktu di perantauan suatu tika dahulu.
Shahkang.....
Namanya pernah dilihat di media sosial sebelum ini kerana penulis juga ada ber'kawan' dengan beberapa adik MCOT dalam Facebook semasa mengumpul data kajian Phd enam tahun sudah, memadangkan beliau adalah pelajar ijazah pertama di sana tatkala penulis masih di Manchester.Kini beliau juga sedang dalam perjuangan solo sebelum menamatkan pengajian dan bergelar sebagai ahli doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan mekanikal.
Tahniah Shahkang untuk pencapaian yang mengagumkan!
Sememangnya penulisan kreatif dan Shahkang tidak dapat dipisahkan, ini terbukti dengan penghasilan buku ' Manchester, Aku Mai' yang sangat santai dan mudah difahami oleh orang kebanyakan kerana mampu menjentik hati dan membuka mata masyarakat Malaysia khususnya pengalaman pahit manis ketika belajar di luar negara.
Penulisan dan adunan yang beliau persembahkan menampakkan keluhuran dan kejujuran peribadi Shahkang itu sendiri. Itu yang membuatkan buku ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.
Buku yang mengandungi sebanyak 248 helai muka surat dihiasi dengan gambar-gambar yang menarik, membuatkan penulis mampu menghabiskan bacaan hanya dalam beberapa jam(bukan semua buku penulis boleh fokus dan habiskan dalam masa sehari dek komitmen yang tinggi terhadap keluarga) menunjukkan Shahkang mampu menambat hati pembaca beliau dengan gaya tersendiri.
Sebanyak 25 bab, di mana dua bab (Jazeera Bukan Agensi Berita dan Kebencian Terhadap London) mampu digambarkan oleh penulis kerana menempuhi pengalaman yang sama seperti apa yang diceriterakan sewaktu di sana oleh Shahkang dan sebahagian besar sememangnya tidak dialami oleh penulis.
Syabas Shahkang.
Teruskan perjuanganmu ,dik.
Semoga berjaya.
Tajuk 1824 - Kisah saya di BLOG MENDELEY
3 years ago